Thursday, June 16, 2016

Ramadhan 2016

Ramadhan Kareem !!!

Alhamdulillah, aku masih diberikan peluang untuk menyambut bulan yang mulia ini pada tahun ni. Disebabkan bulan posa, aku nk tulis entry kali ni dalam bahasa Melayu lah. Seperti yang aku penah mention sebelum2 ni, ramadhan kali ini mmg akan berbeza sikit daripada ramadhan2 yang sebelum ni, dari segi aktiviti fizikal aku & training lah khususnya. Sebabnya, semua race besar2 dan race2 yang aku target hampir semuanya lepas raya. Raya kali ni jugak akan agak mencabar lh, sebab kalu aku tak kontrol betul2, habis lh segala training teruk2 yang aku buat masa bulan posa ni. 

Training di bulan posa

Training dalam bulan posa bkn lh sesuatu yg baru bg aku. Sejak aku kayuh dulu, mmg setiap kali bulan posa pon aku akan teruskan dgn training. Cumanya, biasanya aku akan scale-down intensity training masa bulan posa ni. Mana lh larat nk buat training cam hari biasa kan. Bulan posa biasanya adalah bulan aku rest, buat light, easy runs. Kalu pegi gym pon akan buat light, full body workouts untuk maintain jer. & ada pendapat mengatakan yang buat weight training dalam bulan posa sebenarnya adalah counter-productive, maknanya lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Sebabnya, bila muscle kita dikerah tanpa ada protein tambahan untuk support, muscle kita akan kehilangan saiz & jisimnya..maknanya akan jadi kecik lh.

So untuk mengelakkan menda ni berlaku, aku training malam, lepas settle terawikh. Begitu jugak dgn interval training yg teruk & LSDs, aku buat malam. Tp training malam ni, cabarannya ialah pada mental lh. Lps pukul 10 tu mata ni mmg ssh nak bukak. Mental kna kuat. & aku dh try buat interval masa sebelum buka..mmg seksa. So, utk compensate, kena kurgkn sikit jumlah reps & pjgkn masa recovery tu. Kalu biasa 1km x 6 reps, rest 90 saat, bulan posa ni buat 1km x 4, rest 2 minit stengah. Intensity interval tu maintain. & sbb bulan posa ni aku hanya bole g gym 2 kali je, aku kena buat 3 body part per session. Aku br buat 1st workout kelmarin...pengsan wooo...

Makanan buka

Bulan posa ni biasanya mmg wife aku x masak makanan untuk buka. Hari biasa pon dia jarang masak sebenarnya, tp aku yang x bagi, bukan dia tak nak masak. So untuk juadah berbuka, bazar ramadhan lh tempatnya. Bazar ramadhan (atau baram) Putrajaya thn ni adalah di tempat parking Palace of Justice. Makanan wajib untuk kami sekeluarga masa buka ye lh martabak. Martabak pilihan thn ni ye lh martabak Keramat. Sedap, RM3 je sekeping. 2 keping je dh cukup utk aku dgn wife. Pastu biasa ade kuih manis sejenis & kuih pedas sejenis. Thn ni kuih akok nampaknya naik harga dasat gak. Thn lepas 40 sen je satu..thn ni 70 sen. Saiz sama je. Sedap belum tentu.

Minggu pertama biasanya aku akan beli dari tempat2 berbeza untuk test yg mana sedap. Masuk minggu kedua da xde test2 da, aku boleh straight tuju ke gerai yang berkenaan lh. Sejak 2 tahun lepas aku da start bawak bekas sendrik untuk isi makanan yang aku beli, go green katanya. Menda simple je, tp kalu suma org boleh buat, bape banyak plastik, bekas polisterin & kertas yang kita da bole jimatkan. & ade gerai yang bg aku diskaun lg sbb aku bwk bekas sendrik. 

Biasa aku mmg pegi baram da lewat, sbb aku training dulu seblom tu. So biasanya xyah nak beratur2 lh. Tp martabak Keramat ni, pegi kol 6:30 pon still kena beratur. Rezeki diorg lh. 

Race lepas raya

Race yang pertama lepas raya ni ye lh TM Fan Run, dlm 10 hari je lps raya. Bagusnye timing diorg. Aku lari HM lh. Tp bgs gak, sbb Standard Chartered KL Marathon, race target aku ye lh pada 7/8 (birthday Imran), exactly sebulan lps raya. So aku akan ade 2 race utk prepare utk SCKLM, satu lg Reach out run (15km). Lepas raya ni sampai hujung thn aku ade 12 race, menjadikan total race utk thn ni 21, paling byk sejak aku start masuk2 race ni. Daripada 12 tu, 6 HM, 1 FM. Yg lain2 tu 15km atau kurang lh. Kalu seblom posa aritu suma race short distances, lps raya ni kita balik ke asal lh. & aku akan buat FM aku yg 1st kat Penang, insha Allah. 


Isu aku skg kasut. Aku start 2016 dgn 3 pasang kasut yg masih bole dipakai, skg 2 da hampir tahap lunyai. Kasut race aku skg da jadi kasut training. Newton Tri Racer yg aku beli aritu mmg xleh lh untuk race2 lebih dari 12km. Seblom SCKLM nnt aku rasa cam kena beli kasut lagi, most likely Mizuno gak. Utk FM nnt pon aku nk kena beli sepasang lagi, sbb Mizuno Wave Hitogami aku ni xleh nk bwk ke FM, x cukup cushioning. Utk HM mmg oke lh. Aku cadang nk try Hoka One One Tracer atau NB Fresh Foam Zante. Tgk lh nnt caner...tgk keadaan kewangan..

Selamat berpuasa. 
Livestrong, run stronger. 
  

No comments:

Post a Comment