AMARAN: Menda ni adalah pendapat peribadi, takde kena-mengena dengan yang hidup atau yg dh mati atau yg dah nak mati sangat...
Skang ni org dok sibuk cakap pasal pembelajaran English kat sekolah. Ade setengah pihak yang mempertahankan polisi yang tak sampai 5-6 tahun kat sekolah ni. Ade plak yang bermati-matian nak hapuskan polisi ni, siap buat persatuan, siap buat tunjuk perasaan kat KL, dan mcm2 lagi la. Sapa yang jadik mangsa agaknya ? Dah tentulah budak2 sekolah yang g sekolah belajar. Yang dok bagi pendapat macam2 ni sama ada dah berpuluh tahun abis sekolah atau yang tak pernah belajar English kat sekolah pun. Takde sapa la pulak nak gi tanya kat budak2 sekolah ni ape pandangan diorg. Kebanyakan polisi kat Malaysia ni, inilah masalahnya. Tak pernah nak tanya kepada orang2 yang akan menggunakan atau menerima kesan daripada polisi tu. Suma pakai buat study lebih kurang, sampel ade la 200-300 orang, present2, lobi2, pastu implemen.
Sudah menjadi lumrah manusia. Kita akan jadik takut kepada menda2 yang kita tak kenal atau tak tahu. Bila disuruh cuba menda2 baru, kita terus akan menjadi defensif, tak mo try, tak mo ubah. Walaupun menda2 tu sebenarnya adalah untuk kebaikan kita.
Bila kita pergi ke kedai buku atau perpustakaan, bila kita pegi carik buku2 rujukan, agak2nya la, majoriti buku2 tu dalam bahasa ape ? Bila kita pegi universiti, kecuali UKM, buku2 kejuruteraan, komputer, dalam bahasa ape agaknya ? Pernah tak sesapa cuba terjemahkan 2-3 ayat je daripada teks buku2 yang bukan dalam bahasa Melayu tu kepada bahasa Melayu ? Susah kan ? Masa kat sekolah & universiti dulu, aku amik upah menterjemahkan menda2 rujukan dalam English kepada bhs Melayu. Bukan senang. Silap translate buleh lari berbatu2 maknanya. Mantan PM kita yang ke 4, seorang yang amat2 berpandangan jauh, nampak masalah ini. So, idea dia yelah, ape kata, kalu kat sekolah, kita terus je ajar subjek2 yang teknikal ni, dalam English ? So nnt, bila masuk universiti ke kolej ke, takde la susah sangat.
Bukan suruh bhs pengantar sekolah ditukar ke English pun. Dua subjek je. Dua subjek daripada tah berapa puluh yg diajar kat sekolah tu.
Byk orang kata, mengajar dua subjek tu dalam English akan memusnahkan masa depan budak2 luar bandar. Ape, budak2 luar bandar ni tak pandai ke ? Takde ke budak2 luar bandar yang berjaya kat universiti ? Yang speaking lebih berabuk dari Mr Bean ? Ade kan ? Boleh pulak ? Masalahnye, belum pun budak2 ni belajar, abg2, kakak2, pakcik makcik dh cakap dah,"Uiih, abisla kamu, kena belajar bahasa omputih. Lepas ni tak reti la kamu ckp Melayu lagi dah. Tah2 esok smayang pun lupa dah." Aku percaya, kalu diberi peluang belajar, ramai budak2 luar bandar yang nak sangat2 belajar English yang lebih advanced daripada yang diajar di sekolah2.
Ade pihak plak cakap, menghancurkan identiti Melayu. Aku ingat sangat2 klip yang kuar dalam Buletin Utama TV3 tu, ade mamat ni, dengan headband siap, ckp depan kamera TV,"Bahasa Melayu hancur !!" Yang bestnya, mamat ni pakai jeans. Dlm beribu orang yang tunjuk perasaan tu, yang pakai baju Melayu sorang je aku rasa. Dia punya chief tu la. Agaknya dia pun termalu sendrik. Yang pakai kot pun ade. Melayu sangatla agaknya.
Adekah dengan pandai cakap English, seseorg Melayu itu kurang Melayu ? Atau dengan belajar bahasa2 lain, kurang Melayukah kita ni ? Agaknya la, Almarhum Tunku Abdul Rahman dulu, masa dia pergi ke London nak berunding utk kita ni merdeka, dia ckp Melayu ke dgn org2 British tu ? Kalu ye agaknya, sampai skang ni kita tak merdeka. Org British tak paham. Ape maknanya tu ? Kita kena pandai menyesuaikan diri dengan keadaan.
Dulu masa penjajah mengamalkan dasar pengasingan kaum, orang India dibiarkan kat estet2, sekolah takde, ape pun takde. Orang Melayu plak, nak dibiarkan kat kampung2, takyah susah2 belajar ckp omputih pun. Orang Cina plak, letak kat pekan2, bandar2. Bersusah payahla orang2 Melayu dulu nak ke sekolah omputih, nak belajar suma subjek dalam English, bukan Maths & Sains je. Dapatla sijil Senior Cambridge. Skang ni, suma menda di sponsor, cikgu ade, kelas aircond ade, laptop ade, suma ade. Taknak pulak belajar. Siap nak tunjuk2 perasaan lagi.
Aku rasa, kita ni takyahla nak takut belajar English ni. Takkan hilang de budaya kita kalu kita pandai lagi satu bahasa. Kalu rasa2 tak pandai, pandai2 kan la. Kena la usaha lebih skit. Ini tak, suh belajar lebih skit, elegik, sakit perut. Suma nak ade depan mata. Kalu buleh agaknya, English tu pun nak belajar dlm bahasa Melayu. Jangan macam tu. Dengan menguasai English, bermakna akan lebih mudahla kita menguasai ilmu. Suma buku2, teks2 dlm English kit abuleh baca dgn begitu shj, takyah translate2. First hand. Skang ni, kat internet, suma dlm English. Jangan la pegi Murai.com, pegi la baca Wikipedia ke, Dictionary.com ke.
Wallahu'alam.
Livestrong..
No comments:
Post a Comment